PENAT

      Hari Khamis.Hari yang indah seperti biasa. Tapi tidak kali ni. Aku berada di stesen bas Kuantan. Perjalanan yang menyerong dari sebelum ni. Kuala Lumpur semakin jauh dari hidup aku. Pergi aku sendiri ke negeri Perak yang tersangat asing pada diri aku.

    "Bas aku kul 9 pagi esok."
    "Serious laa, nak aku amik ke? Tpi esok pandai2 laa kau pergi sendiri 😁." Irfan risau.
    "Tkyah.. Aku teman Mariam. Bas dia kul 1 pg. Aku tk pe." Balas aku.

      Nampak gaya nak atau tak nak memang kena stay dekat term bas. Yup. Selepas jam 1 pagi, aku cuba untuk lelap tapi tak mampu. Dengan badan yang lemah baru lepas masuk bengkel selama 4 jam berturut. Ya, Adam tahu aku pergi ke Perak untuk melawat Yun. Caranya seperti menghalang. Tapi, siapa dia untuk menghalang aku?

      Aku tahu perjalanan ni tidak akan berjalan lancar. Hati aku berdebar-debar. Didalam bas juga aku tidak mampu untuk tidur walau aku sudah tersengguk, tertunduk. Aku yang sepatutnya berhenti di Tapah tapi tidak aku turun. Ini kerana aku lihat keadaan sekelilinya yang tiada apa-apa. Jadi aku takut. Perhentian seterusnya di Kampar. Aku mengekor seorang kakak yang turun disitu. Bertanya diri aku kepadanya. Setelah aku dapat  info, aku  terus menuju ke stesen bas dan mengambil Transit Perak untuk menuju ke Ipoh. Dengan berpandukan peta dalam telefon bimbitku.

     Aku sampai di Ipoh pada senja. Dan aku masih buntu bagaimana harus aku pergi ke Kamunting. Perjalanan masih jauh. Aku memanggil teksi, tapi mahalnya Ya Rabbi hanya tuhan yang tahu. Aku wassap ibu Yun. Nampak juga disitu dia tidak mampu menolong aku. Sementara aku masih buntu, Azan maghrib berkumandang. Termenung aku sendiri melihat papan tanda yang berada di stesen bas itu. Lalu aku terpandang sesuatu. Dan baru aku sedar. Bas mereka paling lewat tutup pada pukul 8 malam. Lalu keluarlah segala sumpah seranah.

    Mana tidaknya, aku hidup di KL. Segala yang ada akan tutup pada pukul 11 malam. Aku mamai agaknya. Ni bukan KL Tia!!! Aku call Aliff. Aku betul-betul bingung. Dan! Topup aku habis. Baguskannn..? Aku call bf aku si Adam. Dengan harapan dia boleh tolong topupkan aku. Aku dengan dia menggunakan Umobile. Jadi, aku dapat untuk call dia secara percuma. Sudah 3 kali aku menelefon dirinya masih lagi tidak berjawab. Aku tahu dia sedang bekerja. Tapi, aku betul-betul kecemasan.

Ulasan