Aku Berlari

"Aku penatlahh macam ni! Aku bangun dengan masalah yang sama. Still benda ni tak selesai." 

"Apahal dohh kau ni? Meroyan tetiba.." Ecah atau nama sebenar dia Siti Aishah selaku roomate aku paling berjaya dalam dunia bertanya. "Tak de.. Aku penat arr hidup dengan masalah orang. Aku dah cuba untuk mengelak. Tapi mesti ada je yang tak kena. Aku tak faham arr. Aku banyak dohh benda lain nak kena fikir." Aku menjawab. 

Kisahnya aku yang dalam dilema untuk bantu kawan aku ni. Tapi, malangnya masalah aku sendiri tak mampu aku selesaikan. Kawan aku bernama Hidayah yang hidupnya kusut ditinggalkan bekas tunang dia. Dan hidup dia menjadi terumbang-ambing disebabkan hal ni. Aku tak adalah rapat dengan dia. Aku kenal dia pun hanya sebab dia punya bekas tunang tu adik angkat kepada Adam. Masa dia datang KL, dia ada bermalam dekat rumah aku lebih kurang dua hari. Mak dan ayah aku pula balik ke kampung. Dan, kami mula rapat dari situ. 

Selepas aku dapat berita dari mama kepada Hidayah ni pasal dia sakit, aku dari Pahang terus terjun pergi ke Kamunting untuk melawat dia pada hujung minggu tu. Kebetulan ada cuti dalam lima hari. Dan masa tu aku masih lagi bercinta dengan si Adam ni walaupun masa tu hubungan kami dah tak macam dulu. 

"Khamis ni aku kena gerak Perak.." 

"Apahal dohh..? Tetiba je kau kena pergi sana." Ecah bertanya. 

"Member aku sakit.." 

Pagi tu aku pergi ke kelas seperti biasa. Dan sememangnya kelas aku lahh paling awal habis. Hari tu kebetulan mood aku cantik nak stay dekat surau lama-lama sementara menunggu kawan-kawan aku habis kelas. Aku berborak dengan rakan aku bernama Anis. Dia aku kenali semasa aku dalam fakulti perniagaan. Jam menunjukkan hampir pukul 4 petang. Anis pergi kelas seterusnya pada jam itu dan akan habis sejam selepas. Aku pula duduk di kafe di blok fakulti perniagaan. Aku masih lagi bermain dengan tabletku dengan perasaan yang sangat serabut. Ws kumpulan masuk: 

'Tia dkt mano? @mentionyou'- Mariam
'... Dekat kafe FOB (Faculti of Business) ni..' -Aku
'Kita orang dah habis kelas dah ni..
Okey.. otw..' -Mariam 

Kemudian, Anis ws aku. 

'Tia dekat Fob ke? Anis dah habis kelas. Turun lahh dekat bawah..'
'... Okey. Sekejap.' Aku membalas ringkas. 

Seusai Mariam dan Ecah datang, seperti biasa kerja kami merembat (membeli) segala air kotak Dutch Lady dan Milo yang dijual di kafe. Ya, itu air kesukaan kami. Bukan kami saja rasanya. Tapi semua orang. Kami turun kebawah dan bergerak untuk kembali ke hostel kami yang dipanggil sebagai UV (University Village). Dalam perjalanan itu, macam biasalah hidup kalau tidak membahan sesama sendiri tu kiranya mereka ni orang asinglah senang cerita. 

"Asal muka Tia pucat?" Anis bertanya dan aku sedikit terkejut dengan apa yang dia tanyakan itu. Kerana setahu aku, jarang muka aku kelihatan pucat sampai ditegur. "Pucat?! Kenapa Anis cakap macam tu? Tia okey arr.." Aku cuba menidakkan.

"Tak2.. Anis serious ni. Muka Tia nampak pucat." Ahhh sudah. Apa hal lahh pulak ni. Aku gumam didalam hati. Lalu aku bertanya "Tadi waktu kita dekat surau, Tia pucat ke?". " Tak2, tadi okey je. After yang surau tu muka Tia pucat." Anis memberi penjelasan.

"Mungkin sebab aku stress kott pasal hal ni." Aku berkata.

Kami pun akhirnya sampai ke UV. Aku melepaskan lelah seketika dengan berehat di atas katil empukku sambil memeluk erat bantal busukku dan juga jaket hitam kepunyaan Adam. Lalu, aku pun tertidur. 

Aku dan Ecah terjaga dalam pukul 7.30 malam. Kebetulan malam itu kelas Ecah dan Mariam (DMS) membuat kelas malam pada setiap hari Selasa. Jadi, aku pun ikut mereka ke kampus. Aku duduk di Mensa (kantin) untuk melihat tiket bas ke sana. Ya, aku tidak nafikan mencari tiket bas bukanlah senang walaupun segalanya dalam talian. Pada hari itu juga aku membuat panggilan keluar. Aku mengeCall Aliff. Ini kerana aku perlu tahu serba serbi tentang Perak. 

Ws masuk dari 019-3XX XXXX 

'Tia, hari ahad ada kenduri untuk arwah atuk. Baliklah minggu ni.' -mak

Allah! Apa pula kali ni?! Ya, memang sifat aku untuk tidak menyimpan nombor mak dan ayahku. Aku tak tau kenapa. Mungkin dengan cara ni akan menguatkan daya ingatan aku untuk mengenali nombor mereka. Dan, aku juga sudah hampir setahun tidak balik ke kampung belah mak. Ini semua kerana punca mulut mereka yang binasa. 

Bila satu-satu masalah datang tak diduga dan kau masih terkial-kial dengan segalanya. Aku harap sangat untuk aku mampu tempuh semua ni. 

Ulasan