Dia Mutiara

        Ini bukan kisah diri aku. Lebih kepada penceritaan dan penderitaan.

        Kisah dimana Mutiara. Si nama yang indah. Hidupnya masih sama seperti orang biasa. Tidak kaya, tidak juga susah. Masih normal dan hakikatnya hidup masih tidak lepas dengan percintaan. Ya, semua orang tak pernah lari dari bercinta. Tidak kiralah ibubapa, keluarga rapat atau juga rakan baik. Segala pertemuan bukanlah dijodohkan. Tapi lebih kepada takdir.
       
        Mutiara yang masih umur muda. Bekerja untuk dapatkan apa yang diinginkan sebab dia tahu tak mungkin ibubapanya mampu untuk beri kepadanya. Bermula dari tingkatan 4 lagi, Mutiara sudah mula berkerja. Dan, hasil duit yang dia perolehi itu, dia gunakan untuk membeli barang-barang yang dia inginkan. Baju sekolah, kasut, barang-barang sekolah, handphone dan juga mp3 (Sebab hidupnya perlu lagu).
       
       Habis sahaja dia belajar, dia bekerja di Secret Recipe di KL. (Masuk situ alaa2 orang kaya bhaiii..). Dari situ, dia jumpa orang baru dengan macam-macam ragam dunia. Dan, dekat situlah mula jumpa kawan-kawan. Mutiara disenangi oleh orang sekeliling yang mengenalinya. Supervisor2 nya juga mudah membuatnya menjadi rakan mereka. Tapi, satunya masalah ialah Manager. Tak perlu diceritakan sebab tak penting. Malas untuk aku taipkan kisah si Mutiara, biarkan dia sendiri yang berbicara.

Ulasan