Hati 2

Aku ada kalanya gembira melihat kau bahagia. Ada juga masanya aku sedih. Kerana perempuan itu bukan aku. Tidak aku salahkan takdir jika jadinya begini. 

Aku berkata kepada mereka yang hidupnya masih menanti kekasih lama:

'Jangan kau bersedih kerana cinta sehingga engkau menolak seseorang yang menyayangimu untuk hadir di dalam hidupmu.'

Tapi sayangnya, aku juga masih begitu. Menolak orang yang menyayangiku untuk masuk ke dalam hidupku. Aku juga risau. Aku risau jika aku masih lagi menaruh harapan kepada dia yang sudah berlalu pergi. 

Tidak mengapa. Mereka ada..

Kadang-kala hidup ni sungguh kusut dengan apa yang terjadi. Ada kala aku merindui kehidupan yang lama. Bila sesuatu masalah itu bukan dipanjangkan. Hanya antara kita. Cerita itu juga habis di situ. Aku pun berlalu pergi mencari kehidupan baru. 

Ada masanya aku begitu bahagia. Dan murung dihati ini masih terjaga. 

Aku melihat apa yang telah terjadi. Aku bertanya kepada diri sendiri. Apakah aku layak untuk memberi nasihat untuk diri mereka yang masih koma mencari jalan keluar? Atau aku hanya si pengeruh keadaan. Mungkin apa yang bermain di benakku ini hanya tuhan sahaja yang tahu jawapannya. 

Aku harap aku akan tahu apa sebenarnya yang Dia ingin tunjukkan. Jika baik, aku sangat menyukainya. Jika salah. maafkan diri aku. 


                                                                                                      -LIXNX 

Ulasan