Pertama Permata!

      Sudah beberapa kali aku menelefon Adam. Tapi, tidak berjawab. Aku cuba menentuk kali menelefon dia untuk kali terakhir kot2 dia mengangkat. Aku meletakkan harapan yang sangat tinggi untuk diri dia. 
Tettt~ Tettt..
'...... Abiy busy.. abiy busy...'

      Hanya itu yang dia katakan. Aku menamatkan panggilan tanpa sebarang kata. Hati aku sakit. Kau memang seperti tiada masa untuk aku. Kau tidak pernah begini sebelum ni. Air mataku bagaikan mahu mengalir keluar. Tapi, hebatnya hati ini untuk sorok segalanya. 

       Aku berjalan-jalan berdekatan tempat itu, aku tidak mahu pergi jauh kerana bahaya sudah lewat malam. Lagi pula bukan tempatku. Aku wassap Dira, kawan group motorku. Aku bertanya dia dimana. Dan dia suruh aku menunggunya hingga habis bekerja. Aku menunggu mereka di stesen BHP memandangkan tempat itu yang membuatku selamat. 
     
Beep! Mesej masuk

'Tunggu kat situ, aku otw amik kau.' -Aliff 

    Sudah pukul 11.00 malam dan akhirnya Dira datang bersama tunangnya. Sedangku berborak bersama Dira, sebuah kereta Gen2 berwarna oren berhenti. Aliff datang duduk disebelah aku. Lahh, aku ingatkan siapa tadi. Rupanya mamat ni. Ingat kereta tu saja2 berhenti. Haha.. Aliff datang bersama 2 orang kawan lelakinya. Shameir and Aiman (Kalau tak silap laa.. Aku ni cepat lupa nama orang. Lagi2 kalau baru jumpa.) 

      Sesudah aku bersalaman dengan Dira dan juga sedikit selfie kami bersama, aku masuk kedalam kereta selepas melunaskan ini.... 

"Aduhhhhh sakitttt laaaa." Jerit Aliff

       Hahahahaa..!!!! Naari diriku untuk kau. Ini kali pertama aku berjumpa kau selepas 2 tahun kita kenal. Kadang-kadang terasa seperti mimpi pun ada. :) 

       Masuk je aku ke dalam kereta itu, segala lelah penatku terasa. Aliff duduk memegang bantal yang berada di atas ribanya. Nice place! 

       Aku mengetepikan tangan Aliff lalu aku meletakkan kepala aku diatas bantal itu. Pergh! Nikmat dapat bantal! Dia membisik ditelingaku 'Sebelum ni dalam RP, sekarang betul-betul'. Dan aku sekadar tersenyum. 

berapa minit selepas itu, kami berhenti makan di sebuah kedai. Sebenarnya aku sorang je yang makan. Itu pun sebab Aliff bising aku tak makan dari pagi tu. Aku hanya sekadar makan sup ayam sebab perut aku sudah mula buat hal gastriknya. Makan pun hanya sekadar alas perut. Makanan yang tidak dapat aku habiskan diberi kepada Aliff. 

"Adam tahu kau dengan aku?" Aliff mula bertanya. 

Sejujurnya, aku tak tahu jawapan apa yang aku mahu berikan. Walau Adam tahu aku pergi berjumpa Yun, dan dia ada menghalang aku. 
"Dia tahu aku datang sini.." . Ujarku lemah. 

"Tak de lahh, kalau dia tak tau, better kau beritau dia..." 

"Hmmm..." 

       Dan, perjalan yang mengambil masa 40-50 minit ke Kamunting akhirnya tuhan permudahkan. Aku tahu jika aku mengalah dari awal, aku mungkin tidak dapat sesuatu yang bermakna. Aku bukanlah buat kerja separuh jalan. Jika aku nak, aku akan dapatkan. 

        Akhirnya aku sampai ke rumah Yun. Masa itu lahh aku punya barang bersepah-sepah dengan zip beg tak boleh tutup kerana barangku yang banyak. Dah macam budak lari rumah gayanya. Ishhhh!

"Begg tak lehhh tutupppp!" Rungutku sambil cuba menutup zip beg.

Lalu, Aliff mengambil beg dari tanganku dan menutup beg durjana itu. Sementara aku menyalam ibu Yun. Sebelum aku masuk ke rumah Yun, aku memandang Aliff. Agak kekok bila aku ingin mengucap terima kasih pada dia. Kalau dengan ibu bapa, biasanya bersalam. Yang ni, takkan nak bersalam. Hahahaha.. 

Dia menepuk lembut kepala aku dan berkata "Jaga diri". Perkataan yang sebenarnya tiada makna bagi aku juga bagi dirinya. 

       Aku memberi salam dan masuk ke rumah. Yun, sedang duduk menonton tv. Aku terus memeluknya. Lama siaaaa tak jumpa minah ni. Hahahaha..!!! 

           Yun mengajak aku ke atas. Ke biliknya. Aku dengar segala yang dia pendamkan. Dari apa yang berlaku. Semuanya dah tak indah macam dulu. Perkara yang berkaitan dengan Adam. Aku hanya diamkan diri. 

             Sudah lewat malam, akhirnya aku kecundang pada pukul 3 pagi dek kerana letih dari hari sebelumnya. Enak aku tidur sehingga... 

'Krinnnnnggggg.. Kriiinggggggg...' 

Sapa lagilah yang suka sangat kacau aku. Menyampah arrr... 

'...Incoming call by Kakak..'

"Hmmm?"

'......'

"Kbye.."

Awal2 pagi kakakku sudah menelefon diriku. Pukul 9.30 pagi tu. Tak cukup sia aku tido. Dah laa call suhh balik cepat. Aku je pun baru pagi tu sampai.  Errgghhhhh!!! 

         Seusai aku mandi, makan dan berborak dengan ibu Yun, aku berikan pula kata-kata semangat untuk Yun walau aku tahu aku sendiri patah sayap. Tapi, aku tak mampu lihat mereka sedih kerana tiada siapa yang memahami. Mungkin tuhan takdirkan hidup aku macam ni supaya aku boleh bagi dorongan untuk orang yang buntu seperti mereka. :) 

Ulasan